Permainan Tangram




           Permainan ini merupakan sejenis permainan cantuman. Permainan ini berasal daripada Negara China. Tangram merupakan kepingan segi empat yang dipotong pelbagai bentuk. Kepingan-kepingan ini mempunyai 7 bentuk yang dipanggil ‘Tan’. Permainan ini perlu diaplikasikan untuk tajuk geometri iaitu:

                      i.        Luas dan perimeter
           ii.    Bentuk-bentuk 2D


Cara bermain


       Setiap ‘tan’ iaitu kepingan dicantum dan disusun untuk membentuk pelbagai imej seperti orang, haiwan dan huruf serta boleh menyertakan imej yang kita sukai. Bagi membentuk imej daripada tangram, ketujuh-tujuh kepingan ‘tan’ perlu digunakan. Permainan ini telah dimodifikasikan mengikut kreativiti. Bentuk kepingan tangram ini boleh didapati dalam pelbagai potongan seperti bentuk bulatan, tiga segi dan segi empat.

Kelebihan penggunaan pemainan tangram dalam pengajaran dan pembelajaran

         Kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 12 tahun mula berfikir secara konkrit. Kanak-kanak ini perlu diberi pendedahan dengan bahan-bahan konkrit. Dengan memanipulasikan kepingan-kepingan ‘tan’, kanak-kanak dapat mengalami dan merasai sendiri ciri-ciri kepingan tersebut. Tangram dapat membantu dalam menstimulasikan pemikiran visual-spatial serta mencungkil pengalaman estetika. Murid juga dapat mempelajari tentang luas (area), perimeter, simetri dan kongruen apabila membuat bentuk dengan meggunakan tujuh kepingan tan.

          Selain itu, guru boleh menerapkan ilmu geometri melalui permainan tangram. Apabila murid memanipulasi dengan kepingan tan yang pelbagai bentuk seperti segi tiga, bulat, bujur dan segi empat, murid dapat mengenali bentuk-bentuk tersebut. Di samping itu, murid dapat belajar mengira dengan menghitungkan jumlah kepingan tan. Murid juga dapat mengenali dan belajar tentang posisi sesuatu benda iaitu arah kanan, kiri, atas dan bawah. Antara kebaikan yang boleh diporelehi melalui permainan ini ialah:


Ø  Meningkatkan minat terhadap tajuk geometri

Ø  Mampu mengenali pelbagai bentuk

Ø  Mencungkil pemikiran visuak-spatial dan analitik

Ø  Penggunaan istilah yang betul bagi benuk geometri

Contoh-contoh gambar tangram:


                                                               


                     Tangram yang mempunyai pelbagai bentuk
                                   




                                                           Cardio Tangram




                   Contoh imej yang boleh dibentuk melalui cardio tangram
 


                                                        

Tiada ulasan:

Catat Ulasan