Unsur teka-teki juga boleh ditepakan dalam pengajaran dan
pembelajaran Matematik. Teka-teki mendorong murid untuk berfikir. Antara contoh
teka-teki yang boleh digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran ialah:
Guru boleh menggunakan teka-teki tersebut
kepada murid. Ini akan mencungkil kemahiran berfikir murid serta dapat menguji
pengetahuan Matematik. Dari puisi tersebut, guru juga dapat mencungkil
kreativiti. Dalam situasi ini, guru harus menerima apa-apa jawapan yang
diberikan oleh murid, asalkan jawapan yang diberikan ialah logic utnuk
diterima.
Murid
akan menggunakan operasi tambah unuk mendapatkan jumlah bagi menyelesaikan
teka-teki ini. Dengan ini murid akan dpaat belajar konsep operasi tambah yang
betul. Selain itu, teka-teki ini dapat menarik minat murid untuk ikut serta
dalam membina beberapa rangkap ayat puisi dalam bentuk teka-teki. Ini dapat
memupuk kecerdasan pelbagai murid.
Antara contoh lain teka-teka yang boleh digunakan semasa
pengajaran dan pembelajaran Matematik ialah:
Soalan teka-teki:
Sembilan bola pool berada di hadapan anda. Semua bola itu
mempunyai berat yang sama kecuali sebiji yang mempunyai berat sedikit lebih
dari yang lain.
Berapa kali paling minimum anda perlu timbang guna dacing
untuk mendapati mana satu bola pool yang lebih berat itu?
Penyelesaian
Jawapan
bagi soalan teka-teka ialah: dua kali
Cara
penyeesaian ialah seperti berikut:
Bahagikan 9 bola kepada tiga kumpulan dengan 3 biji
setiap kumpulan. Ambil dua kumpulan tersebut dan timbang di dacing. Dua
kemungkinan akan berlaku apabila ditimbang iaitu sama ada dacing tersebut
menunjukkan beza atau kedua-duanya sama berat.
1) Jika sama berat,
Maka bola berat terdapat di kumpulan yang tidak diambil. Ambil dua biji bola dari kumpulan tiga biji itu dan timbang dan timbang di dacing dengan sebiji bola. Jika berbeza berat, maka bola yang lebih berat adalah bolanya. Jika sama berat, maka bola ketiga yang ditinggalkan itulah bolanya.
2) Jika berat berbeza
Maka kumpulan yang lebih berat mempunyai bola yang leih berat. Ambil dua biji bola dari kumpulan tiga biji itu dan timbang semula di dacing dengan sebiji sebelah. Jika berbeza berat, maka bola yang lebih berat itu adalah bolanya. Jika sama berat, maka bola ketiga yang ditinggalkan itulah bolanya.
Guru
boleh menggunakan teka-teki ini dalam pembelajaran. Ini akan mendorong murid
berfikir secara kritis. Murid akan mula berfikir secara analitikal dan boleh
membuat keputusan secara rasional. Oleh yang demikian teka-teki dalam Matematik
amat membantu dalam pembelajaran Matematik.
(Rujukan: http://www.scribd.com/doc/12650905/Rekreasi-Matematik)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan