Permainan Tiga Tipu Muslihat Matematik



Permainan Tiga Tipu Muslihat Matematik juga boleh diajar kepada murid-murid. Guru boleh menyuruh murid bermain dengan rakan yang duduk di sebelah mereka. Murid akan berasa seronok bermain permainan sebegini di samping murid dapat meningkatkan pengetahuan mereka dalam ilmu Matematik. Matlamat permainan ini ialah untuk meneka nombor rahsia yang ada dalam fikiran kawan.
Cara bermain
            Guru perlu menyuruh murid duduk dalam pasangan untuk bermain permainan ini. Cara bermain permainan ini ialah seperti berikut:
§  Langkah pertama dalam permainan ini ialah murid dkehendaki meminta pasangannya memilih satu nombor daripada 1 sehingga 20 (tanpa perpuluhan) dan tulis di atas kertas.
§  Seterusnya perlu berikan satu kalkulator dan menyuruh pasangannya mengikut arahan yang diberikan:



§  Kalkulator akan menunjukkan nombor yang agak besar setelah membuat kiraan diatas. Nombor yang besar akan menunjukkan kepintaran ilmu kita.

*      Sekirannya jawapan pasangan ialah nombor negatif, nombor rahsianya ialah nombor 1 (atau dia telah cuba menipu).
*       Sekirannya keputusan jawapan hanya mempunyai tiga digit, nombor rahsia   pasangan ialah 2.

§  Melainkan, murid perlu abaikan tiga digit yang terakhir, dan kemudian tambahkan nombor 2 kepada nombor rahsia pasangan. Sekarang murid akan berjaya mendapat nombor rahsia pasangan. 

Permainan-permainan sebegini dapat meninngkatkan kemahiran mengira dalam kalangan murid-murid. Murid akan dapat belajar dengan seronok. Permainan ini akan beri peluang kepada murid untuk menggunakan kalkulator dan murid juga akan mempelajari cara menggnakan kalkulator dengan lebih mendalam. Kemahiran berfikir murid juga akan meningkat. Oleh yang demikian, guru perlu mengaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan