Permainan Sudoku merupakan satu permainan berdasarkan
logik. Permainan ini berasal daripada Negara Jepun. Sudoku memberi maksud
‘nombor persendirian’ dalam bahasa Jepun. Di Amerika, permainan ini dikenali
sebagai Number Place. Perkataan
Sudoku disebut tanpa apa-apa perubahan dengan pengalihan bahasa daripada Jepun
ke Melayu. Para pendidik boleh memberikan permainan ini kepada murid-murid
sekolah. Permainan ini dapat meningkatkan kebolehan murid dalam penyelesaian
masalah secara logik. Taraf kesusahan boleh ditentukan mengikut kebolehan
murid.
Cara bermain
Permainan ini mempunyai 9×9 grid dan mempunyai 3×3 subgrid yang dipanggil sebagai ‘kawasan’. Permainan ini dimulai dengan beberapa sel yang sudah terisi dengan angka seperti dalam rajah yang ditunjukkan di bawah:
Permainan ini mempunyai 9×9 grid dan mempunyai 3×3 subgrid yang dipanggil sebagai ‘kawasan’. Permainan ini dimulai dengan beberapa sel yang sudah terisi dengan angka seperti dalam rajah yang ditunjukkan di bawah:
Kawasan
(area)
Matlamat permainan ini ialah mengisi sel-sel
yang kosong dengan angka dari 1 sehingga 9. Setiap sel hanya perlu diisi dengan
satu nombor. Angka hanya boleh muncul sekali dalam setiap lajur. Contohnya
ialah seperti berikut:
Peraturan yang sama untuk baris. Satu angka hanya boleh
muncul dalam setiap baris seperti yang ditunjukkan dalam rajah dibawah:
Dalam setiap kawasan (area) angka hanya boleh muncul
sekali dan tidak boleh berulang angka yang sama. Contohnya ialah:
Secara ringkasnya, sesuatu angka hanya perlu muncul sekali dalam setiap
baris, lajur dan kawasan (area).
Kelebihan Permainan Sudoku
Permainan
Sudoku ini boleh dikatakan sebagai permainan yang boleh memberi manfaat untuk
murid-murid sekolah. Antara kelebihan permainan ini ialah:
Ø Minda murid akan menjadi lebih cerdas
Ø Kecekapan murid dalam menganalisa data akan bertambah
Ø Dapat menghilangkan rasa malas
Ø Mengasah minda murid
Ø Mencungkil kemahiran berfikir murid
Permainan
Sudoku dapat menjadikan minda murid menjadi lebih cerdas serta akan mengasah
minda murid. Murid akan mula berfikir dan akan berusaha untuk menyesaikannya.
Apabila murid berfikir untuk menyelesaikan, secara tidak langsung dapat
mencungkil kemahiran berfikir murid. Kecekapan murid dalam menganalisa data
juga akan bertambah. Disamping itu, murid akan hilang rasa malas apabila mula
bermain permainan ini.
Saya pun baru latih main sudoku masa pkp ni. Perintah kawalan pergerakan. Hihi. Seronok bila nk selesaikan setiap kotak sampai habis.
BalasPadam"Peraturan yang sama untuk baris. Satu angka hanya boleh muncul dalam setiap baris seperti yang ditunjukkan dalam rajah dibawah:"
BalasPadamYang mana satu betul 9556 atau 9536?
Ok
BalasPadam