Puisi Dalam Matematik



Unsur puisi juga boleh diterapkan dalam pembelajaran dan pengajaran Matematik. Kebanyakkan murid menganggap matapelajaran Matematik agak sukar. Oleh yang demikian, guru boleh menggunakan puisi semasa pengajaran Matematik untuk memudahkan pemahaman murid dalam konsep Matematik. Antara puisi yang boleh digunakan ialah:

 
Bagi mengajar tentang bulan dan tahun, guru boleh menggunakan puisi tersebut. Ini dapat memudahkan murid mengingat nama bulan dalam setahun serta dapat mengetahui urutan 12 bulan dalam setahun. Guru boleh menyampaikan puisi tersebut dalam bilik darjah dan mengajar tentang bulan. Seterusnya, guru boleh membuat perbincangan tentang puisi. Pengajaran tentang cuaca dan musim juga boleh diajar dengan menggunakan puisi ini dalam bilik darjah. Guru boleh mengadakan akiviti kumpulan dengan menyuruh murid mengkategorikan bulan mengikut musim. Ini dapat memudahkan proses pembelajaran murid.



Antara contoh puisi lain yang boleh digunakan untuk pengajaran Matematik ialah:





           
Puisi ini sesuai untuk pengajaran tentang tajuk waktu. Oleh yang demikian, guru boleh menggunakan puisi ini untuk mengajar tentang waktu. Puisi ini memperkenalkan istilah-istilah waktu kepada murid seperti saat, minit, jam dan hari dalam seminggu. Murid dapat mempelajari tentang makna saat, minit dan jam semasa  perbincangan dengan guru. Guru harus bijak menggunakan kaedah penyoalan kepada murid. Guru perlu menanya soalan berkaitan Matematik yang terdapat dalam puisi. Setiap soalan yang dikemukan harus merangsang murid untuk berfikir. Dengan ini secara tidak langsung murid akan dapat mencapai objektif pembelajaran.

(Rujukan: http://www.scribd.com/doc/12650905/Rekreasi-Matematik)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan