Lagu Dalam Matematik



      Lagu dalam Matematik sesuai diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini sesuai digunakan untuk murid-murid kumpulan sederhana dan lemah. Lagu Matematik boleh dicipta untuk membantu murid menghafal, mengingati dan memahami konsep Matematik. Antara contoh lagu yang boleh diaplikasi ialah:




Guru boleh menggunakan lagu ini untuk mengajar nilai sa, puluh dan ratus. Ini membantu murid untuk senang mengingat nilai sa, puluh dan ratus. Alat bantu mengajar yang boleh digunakan semasa menyanyi lagu ini ialah blok diens. Guru boleh menggunakan melodi lagu yang senang dan mudah dengan hanya menukar lagu lirik. Dalam lagu nilai tempat melodi ‘london bridge’ digunakan dengan hanya menukar lirik mengikut tajuk pembelajaran dan kesesuaian.

Kelebihan Penggunaan Lagu

                Penggunaan lagu merupakan satu kaedah yang sesuai untuk murid-murid sekolah rendah. Antara kelebihan penggunaan lagu dalam bilik darjah ialah:
Ø  Mewujudkan suasana ceria dalam bilik darjah
Ø  Merangsang minat murid
Ø  Memupuk semanagat kesungguhan murid untuk mendalami matapelajaran Matematik
Ø  Membentuk sikap dan peribadi murid
Ø  Suasana pembelajaran yang efektif dapat diwujudkan dengan penggunaan lagu
Penggunaan lagu dalam bilik darjah dapat mewujudkan suasana ceria dalam kelas. Selain itu, penggunaan lagu dalam bilik darjah dapat menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan dengan cara yang mudah, berkesan dan efektif. Penggunaan lagu dalam pembelajaran dapat merangsang minat murid terhadap pembelajaran. Lagu boleh digunakan untuk memudahkan murid menghafal fakta. Sebagai contohnya guru boleh mengajar sifir dengan menggunakan lagu. Ini dapat memudahkan murid menghafal sifir.

            Apabila menggunakan lagu dalam matapelajaran Matematik, murid dapat mengikuti pembelajaran dengan ceria dan seronok. Murid tidak akan berasa bosan dalam aktiviti pembelajaran. Minat murid terhadap matapelajaran Matematik dapat ditingkatkan. Dengan ini secara tidak langsung dapat memupuk semangat dan kesungguhan murid untuk mendalami matapelajaran Matematik. Seterusnya, penggunaan lagu dapat mencungkil bakat murid. Penggunaan lagu juga membentuk sikap dan peribadi murid berfikir secara kreatif dan inovatif. Murid juga akan menjadi lebih yakin dan akan mencuba untuk memberi pendapat.


(Rujukan: http://www.scribd.com/doc/12650905/Rekreasi-Matematik)






Tiada ulasan:

Catat Ulasan