Tujuh Bulatan Berjiran


Permainan Tujuh Bulatan Berjiran merupakan satu permainan yang dapat mencungkil minat murid dalam matapelajaran Matematik. 




                                                
Gambar Rajah Permainan Tujuh Bulatan Berjiran
 
Cara bermain
Kita perlu mengisi nombor 1 sehingga 7 ke dalam bulatan. Hanya satu nombor perlu diisikan dalam setiap bulatan. Murid perlu mengisikan nombor 1 sehingga nombor 7 dalam bulatan supaya jumlah lurus ialah 12 dengan syarat nombor-nombor yang berjiran tidak boleh berada di dalam bulatan luar yang berjiran.
Kelebihan Permainan Tujuh Bulatan Berjiran
            Permainan ini sesuai untuk murid-murid. Antara kelebihan permainan ini kepada murid-murid ialah:


  • Dapat meningkatkan kemahiran psikomotor murid. (melukis rajah permainan)

  •  Dapat meningkatkan kemahiran operasi asas Matematik iaitu menambah dan menolak. Kemahiran operasi asas dapat ditingkatkan secara tidak langsung semasa mengisi nombor dalam bulatan. Murid akan membuat operasi menambah dan menolak semasa mengisi nombor dalam bulatan.

  •  Meningkatkan unsur-unsur penggunaan kemahiran penyelesaian masalah

  •  Dapat memperkukuhkan konsep kejiranan dan jumlah lurus nombor


  • Mengelakkan kebosanan dan kejemuan belajar Matematik

  •  Dapat meningkatkan minat murid dalam pembelajaran Matematik

  • Murid juga dapat merasai keindahan Matematik


Murid dikehendaki melukis rajah untuk bermain permainan ini. Dengan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan psikomotor halus murid. Selain itu, kemahiran operasi asas murid dapat dikukuhkan. Murid akan membuat operasi asas iaitu operasi tambah dan tolak semasa mengisi nombor dalam bulatan untuk mendapatkan jumlah lurus 12. Dengan ini kemahiran operasi asas iaitu operasi tambah dan tolak dapat dikukuhkan melalui permainan ini. Seterusnya dapat meningkatkan unsur-unsr penggunaan kemahiran penyelesaian masalah matematik dalam kalangan murid. Murid juga akan lebih memahami tentang konsep kejiranan nombor dan jumlah lurus nombor. Murid akan belajar menghitungkan nombor untuk mendapatkan jumlah lurus nombor dalam bulatan. Melalui permainan ini, murid juga akan rasa lebih seronok untuk mempelajari Matematik. Minat murid dalam matapelajaran Matematik akan meningkat.

Contoh Penyelesaian Permainan Tujuh Bulatan Berjiran
                Langkah pertama penyelasaian bagi permainan ini ialah mengaturkan nombor 1 sehingga 7. Aturkan nombor seperti berikut:





Seterusnya, nombor tengah iaitu nombor 4 perlu ditempatkan dalam bulatan tengah. Pasangan nombor iaitu nombor nombor 1 dan 7, 2 dan 6, 3 dan 5 perlu ditempatkan dalam satu barisan lurus. Bagi mengelakkan nombor yang berjiran daripada berada di dalam bulatan-bulatan yang berjiran, kita hanya perlu membuat pengubahsuaian.





Contoh penyelesaian
 


(Rujukan: http://www.imsipda.net/ppg Ims/file.php/1MODUL PPG SEMESTER 1/ MTE3101 Mengenal Nombor.pdf)








Tiada ulasan:

Catat Ulasan